Pek servis dan sokongan Windows_XP

Microsoft telah menghasilkan 3 pek servis.

Windows XP tanpa pek servis

Sokongan tanpa pek servis telah tamat pada 30 September 2004.

Service Pack 1

Dilancarkan pada 9 September 2002, SP1 dilengkapi utiliti bagi membolehkan pengguna memilih perisian aplikasi utama bagi aktiviti seperti melayari laman web. SP1 juga menyokong USB 2.0 dan SATA. Sokongan terhadap SP1 tamat pada 10 Oktober 2006.

Service Pack 2

Windows XP SP2 dilancarkan pada 6 Ogos 2004 dengan memfokuskan terhadap keselamatan sistem. SP2 dilengkapi perisian firewall yang lebih bersepadu, sokongan Wi-Fi yang lebih baik, penyekat iklan timbul pada Internet Explorer dan Pusat Keselamatan Windows yang memantau keadaan perisian antivirus, Windows Update dan perisian firewall. SP2 juga turut menyokong teknologi Bluetooth.

Service Pack 3

Windows XP SP 3 telah disebarkan pada 23 April 2008 (bagi pelanggan TechNet dan MSDN) dan 6 Mei 2008 bagi pengguna umum.

Kitaran jangka hayat sokongan

Sokongan terhadap Windows XP tanpa pek servis serta SP1 telah pun ditamatkan, manakala sokongan terhadap SP2 akan tamat dalam masa 4 tahun selepas dilancarkan. Walaupun Microsoft memberi jaminan Windows XP masih boleh didapati di pasaran dalam masa 12 bulan selepas pelancaran Windows Vista di pasaran antarabangsa pada 30 Januari 2007, kebanyakan pengeluar komputer sudah tidak lagi menjual komputer baru dengan Windows XP hanya beberapa bulan selepas pelancaran Vista.

Pada 14 April 2009, Windows XP telah memasuki fasa pemanjangan sokongan yang tamat pada tahun 2014.